Beli Solana

Pada 1:45 PM, 13 Oct 2025, ambe melakukan pembelian Solana (SOL) di Luno Exchange sebanyak RM 5000.00 @ SOL SOL 6.0241. Setelah ditolak yuran dagangan sebanyak SOL 0.0361446 (RM 29.63 / Mahal!), hanya sebanyak SOL 5.9879554 yg tersisa di wallet

Kejutan Dunia Kripto: Pengasas Cryptology Key, Konstantin Galish, Ditemui Meninggal Dunia Dalam Lamborghini

1. Dunia kewangan digital dikejutkan apabila Konstantin Galish, lebih dikenali sebagai Kostya Kudo, ditemui meninggal dunia di dalam keretanya, sebuah Lamborghini semalam.
2. Beliau merupakan pengasas bersama dan CEO Cryptology Key, sebuah akademi dagangan kripto terkenal di Ukraine yang mempunyai ribuan pengikut.
3. Kejadian ini berlaku hanya beberapa jam selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Presiden Donald Trump yang menyebabkan pasaran global dan kripto menjunam teruk.
4. Pihak berkuasa Ukraine melaporkan siasatan awal menunjukkan punca kematian berkemungkinan berpunca daripada tindakan sendiri, dipercayai akibat tekanan kewangan yang amat berat.
5. Menurut laporan tempatan, kejatuhan mendadak pasaran kripto telah memusnahkan dana pelaburan yang beliau uruskan, dipercayai bernilai lebih $65 juta.
6. Ada sumber mendakwa beliau kehilangan sekurang-kurangnya $30 juta dana pelanggan apabila pasaran jatuh secara drastik.
7. Polis menemui sepucuk pistol di tempat kejadian dan telah membuka siasatan di bawah Artikel 115 Kanun Jenayah Ukraine, yang merangkumi kes bunuh atau tindakan membunuh diri.
8. Kejadian ini menjadi simbol kepada tekanan emosi yang dialami oleh ramai pedagang kripto dan pengurus dana ketika pasaran kripto berdepan kejatuhan besar.
9. Galish sebelum ini dikenali sebagai ikon dalam dunia pelaburan kripto Ukraine, sering berkongsi strategi dagangan dan motivasi kepada komuniti pelabur muda.
10. Namun di sebalik gaya hidup mewah dan kejayaan luarannya, beliau dilaporkan bergelut dengan tekanan besar akibat kerugian pelaburan.
11. Kematian beliau memberi tamparan hebat kepada komuniti kripto antarabangsa, sekali gus membuka perbincangan tentang kesihatan mental dan pengurusan risiko dalam pelaburan digital.
12. Dunia kripto berisiko tinggi ini bukan sekadar tentang keuntungan, ia juga tentang kawalan emosi, disiplin, dan ketahanan diri.
13. Dalam apa jua pasaran, satu perkara tetap benar: modal boleh diganti, namun hidup tidak.
14. Semoga kisah tragis ini menjadi peringatan kepada kita semua bahawa kekayaan sebenar bukan hanya pada carta keuntungan, tetapi pada ketenangan hati dan keseimbangan hidup.
Dunia kripto memberi peluang besar, namun juga risiko juga besar. Lindungi modal, urus risiko dengan bijak, dan usah biarkan emosi menentukan langkah seterusnya.

SOL/USD – Setelah selesai bermandikan darah

Kebarangkalian untuk Solana ‘PUMP’ sehingga akhir tahun ni InsyaAllah akan menjadi kenyataan. Berdasarkan analisa teknikal (tgk chat bawah), pada jangkamasa mingguan (weekly) kami dapati:-

  1.  SOL sudah buat koreksi yg sepatutnya bila sentuh 50% Fibs dan tutup di atas garis fibs tu

  2. Weekly trendline masih bertahan

BTC dan Pizza

Adakah anda tahu? Pada 22 Mei 2010, seorang pengaturcaran yang bernama Laszlo Hanyecz telah membuat pembelian Bitcoin di dunia sebenar yang pertama — dua pizza untuk 10,000 BTC — yang telah menjadi perayaan tahunan yang dipanggil “Bitcoin Pizza Day.” Hari ini, pizza itu bernilai RM 4,731,539,475.00 (RM 4 Billion)